Istiadat Meletak Kalungan Bunga Peringkat Kebangsaan
Kuala Lumpur - 31 Julai 2009- Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2009, Istiadat Meletak Kalungan Bunga Peringkat Kebangsaan Di Tugu Peringatan Negara telah diadakan.
Istiadat Meletak Kalungan Bunga didahului oleh Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia, diikuti oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Ketua Polis Negara, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera UdaradanPresiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia.
Turut hadir pada istiadat itu ialah YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-Pengarah serta Pegawai-Pegawai PDRM.

Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia sedang melakukan memeriksa baris Kawalan kehormatan serta diiringi oleh Tan Sri Musa Bin Dato' Haji Hassan Ketua Polis Negara.

Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Ketua Polis Negara, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera UdaradanPresiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia memberi penghormatan kepada Pahlawan-pahlawan yang terkorban.

Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara

Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abd. Razak Perdana Menteri Malaysia bersalaman dengan para hadirin diakhir majlis.

YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan YDH Dato' Zul Hasnan Najib Bin Baharudin Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik antara Pengarah-Pengarah PDRM yang hadir.

YDH CP Dato' Abdul Razak Bin Bokhari PengarahPengurusan dan YDH DCP DAto' Acryl Sani Bin Abdullah Sani Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) turut hadir pada majlis ini.