Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program 'Community Policing' ini juga akan mewujudkan kelestarian suasana aman, selamat dan kondusif di Negeri Melaka melalui semangat pembangunan komuniti oleh komuniti, iaitu pelan tindakan pencegah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bersama-masyarakat-memerangi-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:36 MYT
Melaka - 11 Disember 2010

Ketua Polis Melaka, YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye berkata, perlunya kerjasama dari masyarakat untuk menyalurkan maklumat dalam usaha PDRM memerangi jenayah di negeri ini.

Berucap semasa Program 'Community Policing' Kontinjen Melaka - bertemakan 'Bersama Cegah Jenayah', anjuran julung-julung kalinya bersama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, hari ini,  beliau menjelaskan objektif ini tidak akan tercapai jika masyarakat bergantung kepada PDRM sahaja.

Beliau turut menegaskan program seperti ini perlu dikekalkan ke seluruh negara dan kolaborasi dengan badan-badan bukan kerajaan, kesatuan-kesatuan dan ketua-ketua masyarakat, perlulah diteruskan dalam pembentukan Bandar Melaka sebagai bandar selamat dan kondusif, sesuai dengan statusnya yang mengalami transformasi pembangunan.

Program 'Community Policing' ini juga akan mewujudkan kelestarian suasana aman, selamat dan kondusif di Negeri Melaka melalui semangat pembangunan komuniti oleh komuniti, iaitu pelan tindakan pencegahan jenayah digerak dan diterajui oleh anggota masyarakat itu sendiri.

'COMMUNITY POLICING' WAJAR DIPERLUASKAN KE SELURUH NEGERI

Terdahulu,Yang di Pertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Y.Bhg Tuan Haji Kamarudin Bin Md. Shah dalam ucapannya berharap usaha-usaha dan program seperti ini akan diimplimentasikan dari masa ke semasa untuk memastikan keselamatan rakyat terjamin.

Beliau turut menambah, peruntukan RM1 juta yang disalurkan oleh  Kerajaan Negeri akan dimanfaatkan untuk penyeliaan program-program komuniti seperti ini dengan pelaksanaannya secara 'smart partnership' dan kolektif antara  PDRM dan agensi-agensi yang lain.

'Community Policing' Kontinjen Melaka ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, mewakili YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka.

"Saya berharap, Program 'Community Policing' ini akan dapat memberi kesedaran kepada masyarakt dan mengukuhkan pemahaman di atas konsep, kaedah dan peranan yang boleh dimainkan atas tema 'Bersama Memerangi Jenayah' dalam mewujudkan persekitaran yang selamat", antara ucapan perasmian oleh YB Datuk Wira Omar bin Kaseh.

Turut hadir di Majlis Perasmian 'Community Policing' Kontinjen Melaka pada pagi ini ialah YDH ACP Mohd Ab Rahman bin Harun, Pemangku Timbalan Ketua Polis Melaka, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Melaka, Ketua Jabatan Kerajaan Negeri, Penguasa Tempatan,Ketua-ketua Polis Daerah dan juga dif-dif jemputan.

Program bermula seawal 8.00 pagi ini turut disertai badan-badan kerajaan serta syarikat-syarikat swasta dan menyajikan pelbagai acara dan pertunjukan seperti Senam Cergas 1 Malaysia, persembahan pancaragam PDRM, persembahan kawad patung, dari PULAOPL Kuala Lumpur, persembahan taktikal VAT 69 Komando dan Unit Udara PDRM serta Jabatan Siasatan Jenayah IPK Melaka, payung terjun para-motor, demonstarsi mempertahankan diri dan T-Baton, demonstarsi tangkapan, persembahan Unit K9 dan pertandingan karaoke terbuka untuk warga Melaka yang hadir serta pertandingan melukis untuk kanak-kanak.

Keesokan harinya pula bermula seawal jam 8.00 pagi,  diadakan pertandingan sukaneka dan juga jamuan rakyat yang dibuat secara gotong royong dan juga Hari Keluarga PDRM Kontinjen Melaka.

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
PelancaranProgram 'Community Policing' Kontinjen Melaka - bertemakan 'Bersama Cegah Jenayah'

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Sang Saka Biru sambil diiringi koir Persatuan Kakitangan Awam Kontinjen Melaka

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Ucapan Y.Bhg Tuan Haji Kamarudin Bin Md. Shah, Yang di Pertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Ucapan oleh YDH SAC Dato’ Chuah Ghee Lye, Ketua Polis Melaka

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Ucapan Perasmian oleh
YB Datuk Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Persembahan pancaragam PDRM, diketuai oleh SM Mohd Noor Abdulah bersama  70 anggotanya...

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Kawad Patung oleh PULAPOL Kuala Lumpur, diketuai oleh Sarjan Mejar Saari, ditubuhkan pada tahun 1959.

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Persembahan yang mencuit hati para pengunjung dan tetamu jemputan

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Antara dua meriam, meriam India lebih kuat meletup...

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Sketsa, drama penculikan anak jutawan...

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Anggota Vat 69 Komando, menyusup keluar dari longkang untuk membebaskan tebusan.

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Bersiap sedia, pasukan elit ini tetap digeruni oleh musuh

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Memasang bahan letupan sebelum melakukan serbuan

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Kerjasama dari Unit Udara PDRM diperlukan untuk membawa komando-komando semasa melakukan serbuan

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Tebusan berjaya diselamatkan dan penjenayah yang bersenjatapi telah ditumpaskan

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Anggota VAT 69 Komando menggunakan para motor, membawa tiga bendera, Jalur Gemilang, Sang Saka Biru dan bendera Negeri Melaka.

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Melintasi bendera Negeri Melaka...jentera ini boleh digunakan untuk tugas intipan dan memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengawalnya

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Anggota Vat 69 Komando yang selamat mendarat menggunakan para-motor, menyerahkan Jalur Gemilang kepada YB Datuk Wira Omar bin Kaseh

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Sang Saka Biru untuk Ketua Polis Melaka...

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Cenderahati kepada YB Datuk Wira Omar bin Kaseh

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Polis Bersama Masyarakat Memerangi JenayahYB Datuk Wira Omar bin Kaseh menyampaikan cenderahati kepada pasukan yang terlibat menjayakan persembahan

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Melawat tapak pameran

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Demonstari mempertahankan diri dan T-baton

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Kecekapan anggota polis melakukan teknik tangkapan...

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Peraduan melukis untuk kanak-kanak

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Orang ramai mengambil peluang melihat dengan lebih dekat helikopter PDRM

Polis Bersama Masyarakat Memerangi Jenayah
Urusetia program mengagihkan beg 'goodies' untuk pengunjung yang hadir...

Jurufoto    : Sjn Zaiddin bin Dahalan
                  Konst Raymond Martin
Wartawan   : Konst Irfan bin Bujang
Penyunting : Insp Md. Aruwan bin Md. Amilah
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM