Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bangunan Lama Utk Imbas Nostalgia

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Salah satu bangunan lama Unit TindaK Khas, Bukit Aman merupakan kenangan nostalgia buat YDH Ketua Polis Negara yang pernah berkhidmat di Unit Siasatan, Bahagian Tatatertib, Bukit Aman pada tahun 1983 ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bangunan-lama-utk-imbas-nostalgia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:49 MYT

Bukit Aman- 8 November, 2010

Salah satu bangunan lama Unit Tindak Khas, Bukit Aman merupakan kenangan nostalgia buat YDH Ketua Polis Negara yang pernah berkhidmat di Unit Siasatan, Bahagian Tatatertib, Bukit Aman pada tahun 1983 hingga 1986. Kenangan beliau terimbau semasa membuat lawatan kerja dan telah dikongsikan bersama pegawai dan anggota Unit Tindak Khas(UTK). Sisi lain seorang pemimpin PDRM terserlah dengan cerita dan pengalaman tugasnya dari awal beliau memegang jawatan sebagai seorang pegawai polis.

Kesempatan lawatan tersebut digunakan sepenuhnya oleh YDH KPN untuk menyatakan rasa bangga terhadap UTK yang kerap kali mendapat pujian di atas khidmat yang diberikan. Beliau juga menyampaikan pesan dan menggalakkan semangat kerjasama sesama pegawai dan anggota UTK selain terus mengekalkan prestasi tugas dan disiplin diri yang tinggi. Ketahanan mental dan fizikal juga perlu berada di tahap maksimum bagi memastikan setiap tugas yang diamanahkan dilaksana dengan cemerlang. Melalui lawatan tersebut juga, YDH KPN telah mengarahkan Jabatan Logistik untuk memberi perhatian terhadap kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian bangunan UTK bagi memastikan keselesaan pegawai dan anggota UTK.

Celoreng baru
Di dalam lawatan tersebut juga, YDH KPN telah bersetuju dengan cadangan pemakaian celoreng berkonsepkan 'Digital Camourflage' bagi memantapkan lagi imej Pasukan Gerakan Khas. Pakaian ini dikhaskan kepada UTK dan Komando 69 bagi penyeragaman pakaian celoreng unit-unit elit di dunia. Lawatan kerja YDH KPN ke UTK turut diiringi oleh YBhg Puan Sri Suriati Bt Mohd Sobri, YDH Dato' Khalid B Abu Bakar, Pengarah KDNKA dan isteri serta YDH Dato' Zubaidah Bt Md Ismail, Pemangku Pengarah Jabatan Logistik.

Bangunan Lama Utk Imbas Nostalgia
YDH Dato' Jaafar bin Yusof Komander UTK bersama YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar..

Bangunan Lama Utk Imbas Nostalgia
Antara anggota-anggota yang hadir..

Bangunan Lama Utk Imbas Nostalgia
YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar memerhati Battle Dress yang digunakan semasa operasi..

Bangunan Lama Utk Imbas Nostalgia
Antara tetamu yang hadir semasa taklimat YDHKPN..

Bangunan Lama Utk Imbas Nostalgia
Jamuan ringan semasamajlis..

Bangunan Lama Utk Imbas Nostalgia
YDH Tan Sri turut serta semasa jamuan..

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM