Artikel
Orang Besi Pdrm Sumbang Pingat Emas Sulung Malaysia Di Sukan Pantai Asia 2010
Lagu Negaraku berkumandang dan Jalur Gemilang dikibarkan ketika 'Orang Besi' PDRM, Juara Mr Universe enam kali, SM/S Sazali bin Abdul Samad menyumbang pingat e...
Sepang - 11 Disember 2010

Bergambar kenangan bersama YDH SAC Dato' Haji Muhammad Nadzri bin Ismail dan pegawai-pegawai Majlis Sukan PDRM..
Jurufoto : L/Kpl Edwin Indo
Wartawan : L/Kpl Syamsul Baharin bin Mohamed
Penyunting : Sjn Zaiddin Dahalan
Lagu
Negaraku berkumandang dan Jalur Gemilang dikibarkan ketika 'Orang Besi'
PDRM, Juara Mr Universe enam kali, SM/S Sazali bin Abdul Samad
menyumbang pingat emas sulung Malaysia pada Kejohanan Sukan Pantai Asia
2010 melalui acara bina badan bagi kategori lightweight 70kg di Qurum
National Park Amphitheater, Muscat, Oman.
Dengan gabungan latar belakang muzik bertemakan filem 'Robocop' dan runut bunyi filem klasik 'Conan The Babarian' lakonan Arnold Schwarzenegger, aksi Sazali yang penuh keyakinan nyata menjadi tumpuan dan menerima tepukan gemuruh daripada penonton ketika melakukan persembahan gaya bebas.
"Saya sangat gembira bertanding buat julung kalinya dalam Kejohanan Sukan Pantai 2010 dan memenangi pingat emas pertama Malaysia".
"Ini merupakan gelaran terbaru saya selepas menjadi juara di Kejohanan WBPF Men's World Bodybuilding Championship pada bulan Oktober lalu dan sebagai tambahan kepada kejuaraan yang pernah saya raih sepanjang karier dalam sukan bina badan dan saya rasa sungguh teruja"' katanya
SM/S Sazali bin Abdul Samad selamat sampai di Kuala Lumpur Internasional Airport (KLIA) pada jam 11.00 malam tadi . Ketibaan SM/S Sazali bin Abdul Samad telah disambut oleh YDH SAC Dato' Haji Muhammad Nadzri bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), ACP Mohd Anuar bin Othman, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), ACP Lai Yong Heng, Penolong Pengarah Pengurusan (HEA) dan pegawai-pegawai dari Majlis Sukan PDRM. Kontinjen Malaysia menghantar seramai 23 atlet sepanjang edisi kedua temasya yang berlangsung dari 8 hingga 16 Disember 2010.
Sepanjang melibatkan diri dalam Sukan Bina Badan, SM/S Sazali bin Abdul Samad telah meraih beberapa kejuaraan di dalam beberapa kejohanan, samada di dalam negara maupun diluar negara.
Sazali Samad pernah menjadi juara di Kejohanan Mr. Malaysia pada tahun 1991 sehingga 2000, 2003 dan 2004. Juara Mr. Asean pada tahun 1992, Mr SEA pada tahun 1995, 1999 dan 2000. Dalam acara yang dipertandingkan di SEA Games, Sazali merangkul pingat emas pada tahun 1997 dan 2003, pingat perak tahun 2005 dan gangsa pada tahun 1993.
Di kejohanan Asia Games pada tahun 2006, Sazali berjaya merangkul pingat perak, Mr. Asia 1991( Ke-7), 1992 (Ketiga), 1993 (Kedua), 1994 (Kedua), 1995 (Ketiga), 1996 (Juara), 1997 (Kedua), 1998 (Juara), 1999 (Juara), 2000 (Juara), 2003 (Kedua), 2004 (Juara), 2005 (Kedua), 2009 (Juara) dan 2010 (Juara).
Di Kejohanan Arnod Amateur Bodybuilding Championship pada tahun 2008, Sazali berjaya menduduki tempat Ke-2, menjadi juara di Kejohanan 3rd Police & Open Qatar Championship pada tahun 2008 dan menduduki tempat ke-6 di 6th Qatar Internasional Golden Cup Bodybuilding Championship pada tahun 2008. Sazali juga berjaya merangkul pingat emas di World Police & Fire Games pada tahun 1995, 2003, 2005, 2007 dan pingat perak pada tahun 1997.
Di Kejohanan Mr. Universe pula, Sazali berjaya merangkul beberapa kejayaan, 1993 (Tempat Ke-13), 1997 (Ke-7), 1998 (Ke-6), 1999 (Ke-4), 2000 (Juara), 2003 (Ke-3), 2004 (Juara), 2005 (Ke-2), 2006 (Juara), 2007 (Juara) dan 2008 (Ke-3), 2009 (Juara) dan 2010 (Juara).
Pada tahun 2009, Sazali berjaya menjadi juara Kejohanan WBPF Men's World Bodybuilding Championship yang berlangsung di Dubai dan berjaya mengekalkan kejuaraan pada tahun ini juga yang berlangsung di Varanasi City, India pada bulan Oktober 2010.

Kepulangan SM/S Sazali bin Abdul Samad dan isteri diiring oleh pegawai daripada Majlis Sukan PDRM.

'Orang Besi' PDRM..

YDH SAC Dato' Haji Muhammad Nadzri bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), menyambut kepulangan dengan ucapan tahniah kepada SM/S Sazali bin Abdul Samad.

SM/S Sazali bin Abdul Samad berkongsi pengalaman selama berada di Qurum National Park Amphitheater, Muscat, Oman.

Pingat kemenangan...

YDH SAC Dato' Haji Muhammad Nadzri bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) memberikan kata-kata perangsang.

YDH SAC Dato' Haji Muhammad Nadzri bin Ismail, bersama 'Orang Besi' PDRM dan Pengurus (isteri).