Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Berpadu Memberkas Jenayah

Published: 16 Jun 2014 7.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis yang menerima maklumat orang awam telah cuba menahan sebuah kenderaan mewah yang berlegar dalam keadaan mencurigakan di Taman Tempua, Puchong. Pemandu kenderaan tersebut terus memecut melarikan ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berpadu-memberkas-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:04 MYT
 Polis yang menerima maklumat orang awam telah cuba menahan sebuah kenderaan mewah yang berlegar dalam keadaan mencurigakan di Taman Tempua, Puchong. Pemandu kenderaan tersebut terus memecut melarikan diri. Polis telah mengejar kenderaan tersebut sambil mendapatkankan bantuan dari kereta peronda di kawasan berhampiran. Adegan kejar-mengejar ini berterusan sehingga lebih kurang 10 km, apabila kereta yang dipandu saspek terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Sungai Ramal, Kajang.
Saspek telah berjaya diberkas, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri. Semakan rekod mendapati saspek yang diberkas adalah dikehendaki berhubung kes samun di Sungai Petani, Kedah. Kenderaan yang dipandu pula merupakan kenderaan yang dilaporkan curi di Sungai Petani. Polis menemui pelbagai peralatan pecah rumah dan samun dalam kenderaan tersebut.
Ekoran dari itu, polis turut melakukan serbuan rumah di Klang Lama dan berjaya menemui satu mesin pembuat kunci pendua, serangkai kunci kereta, alat-alat pecah rumah, dua paket dadah dan juga sebuah kereta curi yang dilaporkan hilang di Kuantan.

Polis Berpadu Memberkas Jenayah

Sumber berita : Oriental Daily dan Sinar Harian
ArticlePublished 16 Jun 2014 7.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM