Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengedar Dadah Tali Gantung Menanti

Diterbitkan: 16 Jun 2014 7.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas 2 sahabat selepas didapati bersalah mengedar kanabis seberat 8,044 gram, dua tahun lalu. Di bawah Seksyen 39(B) Akta ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengedar-dadah-tali-gantung-menanti
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:36 MYT
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas 2 sahabat selepas didapati bersalah mengedar kanabis seberat 8,044 gram, dua tahun lalu. Di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952, kegiatan mengedar dadah adalah membawa hukuman mati mandatori.

PENGEDAR DADAH – anda merupakan petualang bangsa dan pengkhianat negara kerana tindakan anda mencari keuntungan di atas kesengsaraan orang lain, adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan. Ingatlah, hukuman dunia akhirat menanti anda. Perbuatan anda mengedar dadah telah menyebabkan ahli masyarakat kita sendiri, hilang pedoman hidup sehingga mengakibatkan keluarga mereka porak-peranda, jenayah timbul di sini-sana dan gejala sosial merebak umpama virus.

WARGA MALAYSIA, sama-samalah kita bangkit dan selamatkan bangsa kita dari pengkhianat dan durjana dadah berbahaya.

Pengedar Dadah Tali Gantung Menanti

Sumber:Utusan Malaysia.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 7.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM