Article
Polis Berkas Enam Anggota Geng Susu Kangkang
Enam anggota 'Geng Susu Kangkang' yang disyaki terbabit dalam 17 kes mencuri susu tepung berjenama sejak 2010 di Lembah Klang, berjaya diberkas polis dalam ser...
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata turut ditahan tujuh individu bersubahat termasuk dua pemilik kedai yang membeli susu berkenaan.
Penangkapan pertama membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita di sebuah kedai serbaneka di Batu 9, Cheras ketika mereka mencuri 160 kotak susu tepung bernilai RM12,800 dari kedai berkenaan pada pukul 4.30 petang.
"Susulan penahanan itu, pada hari yang sama, membawa polis ke sebuah kedai ubat di Kuchai Lama sebelum menahan lima lelaki, dua daripadanya dipercayai pemilik kedai berkenaan yang membeli susu-susu daripada geng itu," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata dua wanita warga Indonesia, dipercayai pembantu kedai turut ditahan.