Artikel
Syabu Hampir Rm1 Juta Dalam Bot Laju
KOTA KINABALU 16 Ogos - Tindakan seorang lelaki warga Indonesia menyeludup dadah menggunakan sebuah bot laju menyeberangi perairan Tawau ke Pulau Sebatik gagal...
KOTA
KINABALU 16 Ogos - Tindakan seorang lelaki warga Indonesia menyeludup
dadah menggunakan sebuah bot laju menyeberangi perairan Tawau ke Pulau
Sebatik gagal apabila dia ditahan Polis Marin Tawau, kelmarin.
Dalam serbuan pukul
12.05 tengah hari itu, polis menemui tiga bungkusan yang dibalut kemas
dengan kertas dan dalam sebuah beg sandang.
Pesuruhjaya Polis
Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, hasil pemeriksaan lanjut menemui 60
peket plastik lutsinar mengandungi hablur jernih disyaki syabu dalam
tiga bungkusan tersebut.
Katanya, kesemua syabu yang dirampas itu dianggarkan seberat 3.14 kilogram dan bernilai pasaran semasa RM960,000.
"Suspek warga
Indonesia berusia 20 tahun ditahan di pesisiran pantai Tawau, kira-kira
50 meter dari pantai dan dipercayai memasuki negara ini menerusi pas
sempadan.
"Dadah jenis syabu
itu adalah rampasan terbesar yang diperoleh Polis Marin Sabah tahun
ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.