Artikel
Polis Tumpaskan Geng Bumper Yang Aktif Menyamun Kenderaan
Polis menumpaskan 'Geng Bumper' yang aktif melakukan jenayah samun kenderaan sekitar ibu negara berikutan tertangkapnya empat lelaki di Jalan Gajus, di sini, 8...
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dalam kejadian 9.30 malam itu polis menahan empat lelaki berusia 21 hingga 31 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Camry dipercayai disamun di Taman Connaught pada hari yang sama.
"Hasil siasatan kita ke atas keempat-empat suspek ini membawa kita kepada penahanan seorang lagi suspek lelaki berumur 31 tahun di sebuah rumah di Klang pada hari yang sama.
Turut dirampas bersama suspek ialah sebuah kereta jenis Toyota Harrier yang disamun di Mont Kiara," katanya.
Beliau berkata dengan tertangkapnya kelima-lima suspek itu polis percaya dapat menumpaskan Geng Bumper yang aktif terlibat dalam jenayah samun kenderaan sejak beberapa bulan lalu serta menyelesaikan lima kes curi kenderaan di daerah Cheras.