Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Berkas 18 Penagih Dalam Ops Tapis Di Raub

Diterbitkan: 18 Jun 2014 2.24 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.40 PM
Kuantan, 13 Okt - Polis memberkas 18 penagih dadah lelaki dalam satu operasi di kawasan ladang kelapa sawit Felda Tersang, Cheroh dekat Raub, semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berkas-18-penagih-dalam-ops-tapis-di-raub
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:12 MYT

Kuantan, 13 Okt - Polis memberkas 18 penagih dadah lelaki dalam satu operasi di kawasan ladang kelapa sawit Felda Tersang, Cheroh dekat Raub, semalam.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Shamsuddin Wan Osman berkata mereka ditahan sepasukan polis dari Cawangan Narkotik IPD Raub dan anggota Pondok Polis Tersang dalam Ops Tapis yang bermula pukul 5 pagi dan berakhir pada 1 tengah hari.

"Semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata polis melakukan operasi di kawasan itu selepas mendapat maklumat orang awam.

"Mereka yang ditangkap itu bekerja sebagai buruh ladang, selain penganggur yang menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat melepaskan gian," katanya.

Wan Shamsuddin berkata 13 daripada mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi kesalahan memasukkan dadah ke tubuh sendiri.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung sebarang aktiviti jenayah agar menghubungi hotline IPD Raub di talian 09-3554 999.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 2.24 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.40 PM