Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Lebih 2 000 Biji Pil Kuda Tiga Ditahan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 2.23 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.40 PM
Dungun, 13 Okt - Pasangan kekasih adalah antara tiga yang ditahan bersama lebih 2,000 pil dipercayai pil kuda dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini hari ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-lebih-2-000-biji-pil-kuda-tiga-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:29 MYT

Dungun, 13 Okt - Pasangan kekasih adalah antara tiga yang ditahan bersama lebih 2,000 pil dipercayai pil kuda dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata serbuan oleh sepasukan tujuh anggota Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun pada pukul 8.30 pagi itu dibuat hasil maklumat orang ramai.

"Pil-pil yang ditemui dalam 10 paket di dalam sebuah bilik di rumah itu dianggar bernilai RM25,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pasangan kekasih, yang kedua-duanya berumur 28 tahun itu dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar bandar itu sejak sebulan lepas.

Turut dirampas wang tunai RM605 dipercayai hasil jualan dadah, buku akaun dan lesen memandu, katanya.

"Polis turut menemui 10 biji pil, dipercayai dadah bersama lelaki berusia 20-an yang ditahan bersama pasangan kekasih itu," katanya.

Ahmad Zailani berkata ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah jenis methamphetamine. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 2.23 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.40 PM