Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Beluran Rampas 53 Gram Syabu Daripada Penunggang Motosikal

Published: 01 Mar 2016 10.59 AM Updated: 15 Aug 2026 7.32 PM
Beluran, 1 Mac- Polis merampas 53.19 gram dadah disyaki syabu bernilai RM6,000 selepas menahan seorang penunggang motosikal berusia 50 tahun di kilometer 83 Jalan Nangoh-Paitan dekat sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-beluran-rampas-53-gram-syabu-daripada-penunggang-motosikal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:32 MYT
Beluran, 1 Mac- Polis merampas 53.19 gram dadah disyaki syabu bernilai RM6,000 selepas menahan seorang penunggang motosikal berusia 50 tahun di kilometer 83 Jalan Nangoh-Paitan dekat sini, hari ini. 
 
Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata dalam kejadian pada pukul 11 pagi, lelaki yang tiada pekerjaan itu cuba melarikan diri ketika diperiksa anggota polis tetapi berjaya ditangkap.
 
Setelah disoal siasat, lelaki itu mengeluarkan sampul surat yang
disembunyikan di bawah tempat duduk motosikal tersebut, katanya pada sidang media di sini.
 
Beliau berkata hasil pemeriksaan menjumpai 15 paket yang berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu.- BERNAMA
ArticlePublished 01 Mar 2016 10.59 AMUpdated 15 Aug 2026 7.32 PM