Artikel
Polis Marin Patah Cubaan Seludup 800 000 Liter Di Lawas
Limbang, 1 Mac- Polis Marin Limbang mematahkan cubaan menyeludup sebanyak 800,000 liter diesel bernilai RM1.08 juta dari dua kapal tangki di perairan Lawas, Li...
Limbang, 1 Mac- Polis Marin Limbang mematahkan cubaan menyeludup sebanyak 800,000 liter diesel bernilai RM1.08 juta dari dua kapal tangki di perairan Lawas, Limbang dalam Ops Gelora pada 10.20 pagi, semalam.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata, turut ditahan 15 kru warga Myanmar yang berada dalam kedua-dua kapal tangki MT Athena dan Meiwa Maru berkenaan.
"Siasatan lanjut mendapati minyak diesel 800,000 liter itu disyaki diperoleh secara haram memandangkan tiada sebarang dokumen kebenaran membawa minyak berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, pemeriksaan terhadap kedua-dua kapal tangki tersebut mensyaki terdapat cubaan untuk mengisi minyak diesel kerana lubang minyak pada kapal Miewa Maru terbuka manakala kapal MT Athena yang membawa diesel, berada bersebelahannya.
"Kenyataan kedua-dua kapten kapal tersebut juga mencurigakan kerana menyatakan alasan sedang mendapatkan bekalan makanan ketika serbuan dilakukan," katanya.
Beliau berkata, kapal Miewa Maru belayar dari pelabuhan di Kuching ke Lawas manakala kapal MT Athena sedang disiasat destinasi asal kapal itu memulakan pelayaran.
Katanya, kesemua 15 warga Myanmar berkenaan mempunyai pasport dan permit kerja yang sah.
Kesemua barang rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Labuan untuk siasatan dan tindakan lanjut, katanya.
"Kedua-dua kapal tangki itu berserta minyak diesel 800,000 liter dirampas dan diiringi masuk ke Labuan ekoran paras air yang rendah dan tidak boleh dibawa ke pelabuhan Limbang," katanya.- BERNAMA