Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tawau Berkas 11 Lelaki Disyaki Pengedar Penagih Dadah

Diterbitkan: 01 Mar 2016 11.30 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.32 PM
Tawau, 1 Mac- Polis Tawau memberkas 11 lelaki bagi pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah selepas menyerbu sebuah pondok di ladang kelapa sawit di KM16, Jalan Apas, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tawau-berkas-11-lelaki-disyaki-pengedar-penagih-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:33 MYT
Tawau, 1 Mac- Polis Tawau memberkas 11 lelaki bagi pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah selepas menyerbu sebuah pondok di ladang kelapa sawit di KM16, Jalan Apas, hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata lelaki berusia di antara 18 dan 55 tahun itu dipercayai menggunakan pondok beratap daun kelapa sawit itu sebagai lokasi membeli dadah dan menyalahgunakan dadah.
 
Dalam serbuan pada 4.30 pagi itu, yang berakhir hampir tujuh jam kemudian, 
 
Seramai 22 anggota dari Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang diketuai DSP Jasmin Hussin melakukan serbuan itu pada 4.30 pagi.
 
“Ketika serbuan dilakukan, semua suspek sedang leka dengan dadah. Apabila menyedari kehadiran polis, mereka cuba meloloskan diri namun tindakan pantas anggota kami dapat mengepung dan menahan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah syabu seberat 5.1 gram yang diisi di dalam 18 tiub straw.
 
Fadil berkata seorang suspek berusia 33 tahun yang disyaki pengedar dadah ditahan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala selebihnya ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 selepas didapati positif dadah.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 01 Mar 2016 11.30 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.32 PM