Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpp Covid 19 Crimealert Keratan Akhbar Pilihan Crime Alert Utama Keselamatan Elak Jadi Mangsa Jenayah

Published: 13 Nov 2020 9.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketika rakyat Malaysia diuji kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan, ada pula yang mengambil jalan mudah menjadikan harta benda milik orang lain untuk mendapatkan wang!
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-crimealert-keratan-akhbar-pilihan-crime-alert-utama-keselamatan-elak-jadi-mangsa-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:08 MYT

Ketika rakyat Malaysia diuji kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan, ada pula yang mengambil jalan mudah menjadikan harta benda milik orang lain untuk mendapatkan wang!

Ketika peringkat awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador ada menyatakan kadar indeks jenayah menurun 70 peratus di seluruh negara, namun kes jenayah seperti pecah rumah dan mencuri motosikal masih berlaku secara ketara.

Sebaik kerajaan 'melonggarkan' PKP di seluruh negara mulai Jun lalu, ia secara tidak langsung membuatkan penjenayah menghidu keadaan ini sebagai satu peluang untuk kembali merancakkan kegiatan mereka.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), sikap cuai dan ambil mudah masyarakat terhadap keselamatan diri dan harta benda mereka antara punca berlaku kes jenayah.

Contohnya daripada beberapa kes kecurian dan rompakan, ia berlaku kerana mangsa meletakkan kenderaan di tempat kurang selamat, meninggalkan kenderaan tanpa dikunci atau pengawasan sepenuhnya.

Justeru, masyarakat harus lebih bertanggungjawab dalam setiap perkara berkaitan harta benda demi menjamin keselamatan, selain tidak mengundang keinginan penjenayah mengambil kesempatan ke atas harta benda mereka.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'Utama keselamatan elak jadi mangsa jenayah Rezeki terpijak buat Nur Athirah adalah pecah rumah dan mencuri mo-
ArticlePublished 13 Nov 2020 9.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM