
Pkpb Covid 19 Posting Pilihan Pengarah Kdnka Tinjau Penugasan Sjr Di Lapangan
Kuala Lumpur, 13 November 2020 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar meninjau penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR) oleh para petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di dua plaza tol, semalam.
Kehadiran beliau di Plaza Tol Simpang Pulai, Ipoh, Perak dan Plaza Tol Bukit Beruntung, Rawang, Selangor itu antaranya bertujuan memastikan keperluan penugasan mencukupi dan kebajikan semua petugas terjaga.
Turut hadir adalah Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan), DCP Dato’ Kasuahdi Ali, Ketua Penolong Pengarah Urusetia KDNKA, ACP Kamaruzaman Haji Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah KDNKA (Gerakan), ACP Saini Bongkek.
Sumber: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN