
Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Imigresen Laksana Pelan Rekalibrasi Pati
Kuala Lumpur, 13 November 2020 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melaksanakan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bermula 16 November ini hingga 30 Jun 2021 bagi memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19.
Dua inisiatif di bawah pelan tersebut adalah Program Rekalibrasi Pulang yang membenarkan PATI untuk pulang ke negara asal secara sukarela dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja bertujuan meregularisasikan pekerja asing bekerja secara sah di negara ini.
Pelaksanaan pelan tersebut turut mendapat kerjasama strategik daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan agensi-agensi kerajaan lain yang berkaitan.
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN