
Article
Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210410
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 62,577 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 62,577 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,450 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,446 anggota telah membuat pemantauan di 4,601 pasaraya, restoran (5,689), kilang (2,081), bank (4,174), pejabat kerajaan (967) dan penjaja (2,979).
Turut dipantau ialah pasar awam / tani (2,198), tempat ibadah (2,874), tempat riadah (1,766), terminal pengangkutan darat (1,387), terminal pengangkutan air (455) dan terminal pengangkutan udara (156).
Semalam, 78 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 74 dikompaun manakala empat (4) lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Tiada penjarakan fizikal (35)
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (22)
- Gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera (11)
- Tidak memakai pelitup muka (10)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (10 April 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN