Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Rm3 5 Bilion Dadah Yang Dirampas Dalam Simpanan Pdrm Kpn

Diterbitkan: 10 Apr 2021 11.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Klang, 10 April 2021 - Sejumlah dadah bernilai RM3.5 bilion berada dalam simpanan polis ketika ini hasil rampasan dalam pelbagai serbuan mengekang jenayah berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-rm3-5-bilion-dadah-yang-dirampas-dalam-simpanan-pdrm-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:13 MYT
Klang, 10 April 2021 - Sejumlah dadah bernilai RM3.5 bilion berada dalam simpanan polis ketika ini hasil rampasan dalam pelbagai serbuan mengekang jenayah berkenaan.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, daripada jumlah tersebut, nilai rampasan terbesar adalah Kokain bernilai RM2.5 bilion yang dirampas di Pulau Pinang.

“Begitu juga bertan-tan Syabu, berbagai-bagai jenis pil yang kita rampas.

“Ia tidak termasuk ketum... ketum ini bertan-tan dan yang paling menakutkan adalah rampasan syabu yang bertimbun-timbun,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Jelas Tan Sri Abdul Hamid, nilai rampasan tersebut menunjukkan bahawa begitu ramai rakyat di negara ini terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Jadi, (rampasan) berbilion-bilion ini kita akan minta Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik untuk mengumpulkan statistik idan kongsikan kepada pihak media supaya masyarakat tahu bahawa ancaman nombor satu negara ini ialah dadah,” ujar beliau.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.astroawani.com/.../rm35-bilion-dadah-dalam...

Sumber: Abdul Hamid Bador dan Astro Awani

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Rm3 5 Bilion Dadah Yang Dirampas Dalam Simpanan Pdrm Kpn
ArtikelDiterbitkan 10 Apr 2021 11.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM