Artikel
Artikel Pilihan Dakwaan Geng Addy Kanna Sudah Bebas Tidak Benar
Kuala Lumpur, 10 April 2021 - Polis menafikan anggota polis yang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dalang kegiatan perjudian dalam talian...
Kuala Lumpur, 10 April 2021 - Polis menafikan anggota polis yang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dalang kegiatan perjudian dalam talian, Alvin Goh dan Addy Kanna, sudah dibebaskan daripada tahanan.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Datuk Huzir Mohamed menerusi mesej di aplikasi WhatsApp, hari ini. "(Perkara itu) tidak benar," katanya ringkas.
Dakwaan pembebasan itu hangat diperkatakan selepas tangkap layar pendaftaran aplikasi MySejahtera salah seorang anggota polis terbabit yang dikatakan 'bercuti' di sebuah pulau tular di media sosial, semalam.
Sumber: Harian Metro
