Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Pertingkat Pemantauan Patuh Sop

Diterbitkan: 09 Jan 2021 1.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 9 Januari 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani semalam mengarahkan semua kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19, susulan peningkatan membimbangkankan kes jangkitan virus berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-polis-pertingkat-pemantauan-patuh-sop
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:42 MYT
Kuala Lumpur, 9 Januari 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani semalam mengarahkan semua kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19, susulan peningkatan membimbangkankan kes jangkitan virus berkenaan.

Antara tumpuan utama adalah perhimpunan membabitkan kehadiran ramai dan pematuhan SOP penjarakan fizikal yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dato’ Sri Acryl Sani berkata, PDRM yang mengetuai pasukan petugas operasi pematuhan SOP akan mempertingkatkan pemeriksaan, terutama di kawasan sesak dan tumpuan ramai.

"Pasukan petugas operasi pematuhan diketuai PDRM dari semasa ke semasa meningkatkan tindakan. Sebagai contoh, polis Kelantan baru-baru ini mengeluarkan kompaun kepada individu terbabit dalam aktiviti pesta air.

“Tindakan itu diperluaskan kepada semua kontinjen, bukan saja untuk kegiatan pesta air, bahkan apa juga sambutan membabitkan perhimpunan ramai yang menjadikan isu penjarakan fizikal masalah utama sekarang ini”, katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: text that says 'Polis pertingkat pemantauan patuh SOP Susulan kenaikan mendadak kes positif COVID-19 dan sikap masyarakat yang mula tida

Image may contain: 1 person, text that says 'Penularan COVID Polis pertingkat 19 pantau SOP deran Tumpuan utama babit perhimpunan ramai, pematuhan penjarak
ArtikelDiterbitkan 09 Jan 2021 1.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM