
Artikel
Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan 13 Lelaki Indonesia Cuba Seludup Senjata Api
Kuala Lumpur, 9 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 13 lelaki warga Indonesia dan enam lelaki tempatan, dipercayai cuba menyeludup senjata api...
Kuala Lumpur, 9 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 13 lelaki warga Indonesia dan enam lelaki tempatan, dipercayai cuba menyeludup senjata api ke negara ini. Mereka ditahan ketika serbuan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), dalam Op Benteng pada 1 Januari lalu di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru.
Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, siasatan awal tidak menemui elemen untuk cubaan melakukan serangan di dalam negara ini.
"Setakat ini kita tidak nampak ke arah faktor itu (serangan terhadap Malaysia) berdasarkan siasatan awal, tiada unsur berkenaan, namun tujuan utama mereka memiliki senjata itu sedang disiasat.
"Pada masa ini, siasatan sedang dilakukan termasuk mengenal pasti suspek lain”, katanya selepas melancarkan Buku Sejarah Penubuhan Briged Tengah dan Batalion 4, 5, 6 dan 19 serta PGA Cheras, di sini, semalam.
Dato’ Sri Acryl Sani berkata, polis masih menyiasat motif kumpulan itu yang memiliki senjata api dan sejumlah komponen senjata api.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN