
Article
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Sjr Diperketat Pantau Lokasi Hide
Petaling Jaya, 10 Mei 2021 - Pengguna jalan raya yang mahu ke tempat kerja ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disaran merancang lebih awal perjalan...
Petaling Jaya, 10 Mei 2021 - Pengguna jalan raya yang mahu ke tempat kerja ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disaran merancang lebih awal perjalanan mereka.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kasim berkata, langkah itu bagi menyuraikan trafik selain dapat mengelakkan mereka terperangkap dalam kesesakan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR).
Kata beliau, SJR yang didirikan bukan mahu menyusahkan sesiapa, sebaliknya ia perlu bagi meredakan kembali peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
"Sehingga semalam, sebanyak 269 SJR diadakan di seluruh negara membabitkan tiga sesi pemeriksaan dilakukan oleh pegawai dan anggota yang bertugas.
"Jadi, pekerja yang keluar ke tempat kerja perlu fikir bagaimana untuk rancang jadual mereka kerana SJR ini perlu dilakukan bagi kesejahteraan semua,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mengulas lanjut, kata Dato' Zainal Abidin, semua premis yang disenarai dalam sistem amaran awal iaitu Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) dipantau ketat bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN