Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Tiada Lagi Nasihat Terus Kompaun

Diterbitkan: 10 May 2021 2.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 10 Mei 2021 - Polis Diraja Malaysia akan bertindak lebih tegas apabila menambah lokasi sekatan jalan raya (SJR) di beberapa negeri ekoran kedegilan orang ramai yang masih ingin pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri ketika kes positif COVID-19 semakin meninggi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-tiada-lagi-nasihat-terus-kompaun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:26 MYT
Petaling Jaya, 10 Mei 2021 - Polis Diraja Malaysia akan bertindak lebih tegas apabila menambah lokasi sekatan jalan raya (SJR) di beberapa negeri ekoran kedegilan orang ramai yang masih ingin pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri ketika kes positif COVID-19 semakin meninggi.

Lebih parah apabila polis mengesan beberapa taktik dan alasan tidak munasabah yang diberikan oleh orang ramai ketika membuat permohonan merentas negeri atau semasa ditanya di SJR oleh anggota polis bertugas semalam.

Antara alasan yang diberi termasuk hadir majlis tahlil 40 hari arwah saudara, hendak bawa saudara mara sakit ke hospital, terlupa minta tandatangan dan cop Ketua Balai Polis pada surat kebenaran rentas daerah atau negeri.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, terdapat juga yang sengaja melalui SJR ketika waktu hujan lebat atau petir bagi mengelak pemeriksaan.

"Biasanya bila berlaku hujan lebat atau petir, petugas SJR tidak dibenarkan berdiri atau membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang lalu lalang atas faktor keselamatan.
"Jadi kesempatan itu diambil orang ramai untuk meloloskan diri tanpa perlu diperiksa surat rentas daerah dan negeri," ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.

Selain itu, katanya, terdapat juga pengguna melalui SJR tanpa mengemukakan sebarang surat kebenaran dengan harapan dapat melepasi pemeriksaan atas dasar ihsan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
Sumber: Kosmo Online

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of car and text that says 'Polis perketat kawalan di seluruh negara, elak pemandu rentas negeri dan daerah Tiada lagi nasihat, terus kompau
ArtikelDiterbitkan 10 May 2021 2.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM