Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Tiada Kesesakan Luar Biasa Di Lebuh Raya

Diterbitkan: 10 May 2021 5.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 10 Mei 2021 - Tiada kesesakan luar biasa di kebanyakan lebuh raya utama negara walaupun sekatan jalan raya dilaksanakan di beberapa lokasi termasuk kawasan plaza tol, sempadan daerah dan negeri.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-tiada-kesesakan-luar-biasa-di-lebuh-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:12 MYT
Kuala Lumpur, 10 Mei 2021 - Tiada kesesakan luar biasa di kebanyakan lebuh raya utama negara walaupun sekatan jalan raya dilaksanakan di beberapa lokasi termasuk kawasan plaza tol, sempadan daerah dan negeri.

Sekatan itu susulan kerajaan melarang semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran polis di seluruh negara, bermula hari ini hingga 6 Jun ini bagi mengawal penularan COVID-19 yang kian meruncing sejak kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Dato' Azisman Alias berkata, hasil pemantauan setakat ini, hanya kawasan Plaza Tol Bentong berlaku sedikit kelewatan akibat pemeriksaan teliti terhadap kenderaan melalui sekatan berkenaan.

"Semua kawasan lalu lintas lancar, sebelah pantai barat pun tiada kesesakan luar biasa.

"Hanya di Bentong dilaporkan berlaku sedikit kelewatan sebab ada sekatan jalan raya oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

"Anggota bertugas membuat pemeriksaan teliti terhadap kenderaan berkaitan. Bagaimanapun, secara keseluruhan keadaan trafik di seluruh negara dilihat terkawal setakat ini," katanya pada Berita Harian, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../tiada-kesesakan-luar-biasa...

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
ArtikelDiterbitkan 10 May 2021 5.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM