Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pga Tahan 19 Warga Indonesia Sorok Belakang Pokok Ketika Tunggu Tekong Darat

Published: 08 Mar 2021 3.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tanjung Karang, 8 Mac 2021 - Baru mendarat di pantai sebelum cuba menyorok di belakang pohon kelapa. Bagaimanapun tindakan sekumpulan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia disedari anggota keselamatan sebelum diberkas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pga-tahan-19-warga-indonesia-sorok-belakang-pokok-ketika-tunggu-tekong-darat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:20 MYT
Tanjung Karang, 8 Mac 2021 - Baru mendarat di pantai sebelum cuba menyorok di belakang pohon kelapa. Bagaimanapun tindakan sekumpulan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia disedari anggota keselamatan sebelum diberkas.

Difahamkan semula PATI terbabit sedang menunggu tekong darat yang berjanji mahu mengambil mereka di Jalan Parit 4. Kampung Sungai Burong di sini, semalam.

Bagaimanapun, semua PATI membabitkan lapan lelaki dan 11 perempuan berusia 23 hingga 49 tahun dikesan anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) sekitar jam 7.30 pagi.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, hasil siasatan lanjut mendapati semua individu itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah. "Mereka masuk ke negara ini melalui jalan tidak diwartakan iaitu jalan laut.

"Mereka menggunakan bot yang dinaiki dari Tanjung Balai, Indonesia dan mendarat di pesisir pantai Kampung Sungai Burong di sini, katanya semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro di lampiran.

Sumber: 

May be an image of one or more people, outdoors and text
ArticlePublished 08 Mar 2021 3.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM