Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Lima Negeri Berisiko Bom Lama

Diterbitkan: 08 Mar 2021 2.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Mac 2021 - Lima negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Sabah berisiko tinggi berlaku 'ledakan bom luar jangka' kerana mencatatkan banyak penemuan bom-bom lama dipercayai peninggalan zaman Perang Dunia Kedua.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lima-negeri-berisiko-bom-lama
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:44 MYT
Kuala Lumpur, 8 Mac 2021 - Lima negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Sabah berisiko tinggi berlaku 'ledakan bom luar jangka' kerana mencatatkan banyak penemuan bom-bom lama dipercayai peninggalan zaman Perang Dunia Kedua.
Jika tidak diuruskan dengan baik, termasuk ada 'tangan-tangan gatal' yang memegang bom lama tersebut tanpa pengetahuan mengenainya, sesuatu malapetaka bakal terjadi termasuk kematian.

Ini berdasarkan rekod Pusat Data Bom Malaysia (MBDC), Cawangan Persenjataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meletakkan semua negeri berkenaan menyumbang kepada penemuan bom paling tinggi.

Bagaimanapun, tiada perincian berhubung lokasi penemuan di setiap negeri itu atas dasar kerahsiaan dan kepentingan awam.

Pun begitu, diyakini akan berlaku penemuan bom-bom lama dalam tempoh beberapa bulan dan tahun akan datang memandangkan lebih banyak kawasan baharu bakal dibangunkan.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Penolong Pengarah Persenjataan Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan (CBRNe), Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, ACP Tuan Mohammad Rafee Abu Bakar berkata, berdasarkan rekod tersebut, sebanyak 1,445 kes penemuan bom lama dilaporkan dipercayai merupakan peninggalan zaman perang di seluruh negara.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: 
May be an image of one or more people, people standing and text that says 'ÛehMOHD FADHLI MOHD. SULAIMAN Lima negeri berisiko bom lama bakal terjadi matia
ArtikelDiterbitkan 08 Mar 2021 2.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM