Artikel
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Pdrm Senarai 102 000 Nama Sebagai Penerima Awal Vaksin Covid 19
Kuala Lumpur, 22 Februari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyenaraikan 102,000 nama sebagai penerima suntikan vaksin COVID-19 bagi fasa pertama, yang berm...
Kuala Lumpur, 22 Februari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyenaraikan 102,000 nama sebagai penerima suntikan vaksin COVID-19 bagi fasa pertama, yang bermula Rabu ini.
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, CP Dato' Ramli Din bagaimanapun berkata, PDRM belum mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai jumlah sebenar penerima awal suntikan vaksin itu, bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Beliau berkata pemberian vaksin dicadang untuk diberikan kepada pegawai dan anggota daripada semua jabatan dalam PDRM, yang berjumlah 118,214 orang ketika ini.
“Ia tidak tertumpu kepada satu-satu jabatan atau bahagian sahaja, kerana secara prinsipnya semua mereka layak menerimanya,” katanya.
Dato' Ramli berkata, KKM menetapkan PDRM akan mula terima suntikan vaksin pada 26 Feb ini dan PDRM telah mencadangkan 147 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kepada KKM, untuk kegunaan warga PDRM.
“PPV yang telah dikenal pasti tidak melibatkan semua balai polis, sebaliknya hanya melibatkan IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) atau IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah), yang berujuan memudahkan urusan pemberian vaksin di sesuatu daerah.
“Cadangan untuk dibuat secara ‘outreach’ bagi memudahkan pegawai dan anggota hadir menerima suntikan vaksin dan memudahkan pemantauan dibuat terhadap kehadiran dan ia selari dengan saranan KKM,” katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1933754
Sumber: BERNAMA
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN