Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Tambah Anggota Ikut Keperluan Semasa Kpn

Diterbitkan: 07 Jul 2021 1.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, setakat ini pegawai dan anggota polis Bukit Aman dihantar untuk membantu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam melaksanakan kawalan di 19 lokaliti yang dikenakan PKPD.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-tambah-anggota-ikut-keperluan-semasa-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:41 MYT
Kuala Lumpur, 7 Julai 2021 - Anggota polis akan ditambah mengikut keperluan semasa untuk lokaliti di ibu kota yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, setakat ini pegawai dan anggota polis Bukit Aman dihantar untuk membantu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam melaksanakan kawalan di 19 lokaliti yang dikenakan PKPD.

Menurutnya, polis juga mendapat kerjasama baik daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pelbagai agensi lain untuk memastikan kelancaran pemantauan di lokaliti terbabit.

"Hasil tinjauan beberapa isu berbangkit dikenal pasti seperti bantuan makanan, kebenaran pulang ke kampung untuk kecemasan dan kebenaran bekerja untuk penduduk bagi sektor penting.

"Semua isu berbangkit itu dapat diselesaikan dengan baik hasil kerjasama pelbagai agensi dan polis juga akan meneliti kebenaran yang akan diberikan untuk keluar masuk ke kawasan PKPD," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.
ArtikelDiterbitkan 07 Jul 2021 1.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM