
Artikel
Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Parti Politik Diingatkan Agar Mengelakkan Pertemuan Bersemuka Kpn
Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, beliau percaya setiap pemimpin parti memahami prosedur operasi standard (SOP) ditetapka...
Kuala Lumpur, 7 Julai 2021 - Parti politik diingatkan supaya tidak mengadakan pertemuan bersemuka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP diperketatkan (PKPD).
Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, beliau percaya setiap pemimpin parti memahami prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
"Saya percaya semua memahami perkara itu seperti yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Namun, jika kita menerima sebarang maklumat mengenai perkara sedemikian, kita pasti akan menyiasat dan membuka kertas siasatan," katanya.
Bagaimanapun, setakat ini, beliau berkata, polis tiada menerima laporan mengenai adanya pertemuan atau mesyuarat membabitkan parti politik, terutama ketika pelaksanaan PKPD di Kuala Lumpur dan Selangor.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN