
Pkp 3 0 Kpn Melawat Dua Kawasan Pkpd Di Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 6 Julai 2021 - Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani hari ini mengadakan lawatan di Taman Bukit Angkasa Jaya yang dikenakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) bermula 1 Julai lalu.
Ketua Polis Negara yang tiba pada jam 9.40 pagi, diiringi Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim dan timbalannya, DCP Dato' Yong Lei Choo bagi sesi taklimat sebelum lawatan bermula.
Dalam lawatan kira-kira 40 minit itu, Ketua Polis Negara sempat meninjau dewan serbaguna yang dijadikan subtek penugasan Polis Diraja Malaysia bersama Pasukan sahabat dari Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Sejurus selesai, beliau dan rombongan meneruskan lawatan pula ke Flat Sri Sabah yang terletak di Cheras sebelum mengadakan sidang medianya di sana.
Hadir sama, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Othman Nanyan, Ketua-ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Tuan Anuar Haji Omar dan Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintedan Annas Sulaiman.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Sarjan Mejar Zaiddin Dahalan, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN