Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Kondo Mewah Bertukar Jadi Kelab Malam 20210712

Published: 12 Jul 2021 7.21 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 11 Julai 2021 - Sejak penutupan pusat hiburan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengusaha kelab malam mula mencari jalan meneruskan perniagaan yang terjejas teruk meskipun dalam skala kecil.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-kondo-mewah-bertukar-jadi-kelab-malam-20210712
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:35 MYT

Kuala Lumpur, 11 Julai 2021 - Sejak penutupan pusat hiburan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengusaha kelab malam mula mencari jalan meneruskan perniagaan yang terjejas teruk meskipun dalam skala kecil.

Ada segelintir memilih kondominium atau pangsapuri mewah sebagai lokasi menawarkan parti persendirian untuk individu-individu yang ketagih berhibur pada musim PKP.

Mendedahkan kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, bagi melancarkan parti dalam 15 hingga 20 tetamu tersebut, pihak penganjur membuat jemputan menerusi WhatsApp dan Telegram kepada pelanggan yang boleh dipercayai.

Dato' Sri Abd Jalil memberi amaran kepada pemilik unit kondominium dan pangsapuri supaya tidak menyewakan kediaman mereka bagi tujuan parti persendirian dan mereka berdepan tindakan undang-undang sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.

Tegas beliau, Polis Diraja Malaysia memandang serius gejala parti persendirian dan kali ini bukan mereka yang terbabit sahaja dikenakan tindakan malah pemilik juga boleh dikenakan tindakan kerana bersubahat.

"Kita mahu ibu bapa memantau dan mengawasi setiap aktiviti anak-anak terutamanya anak perempuan, agar tidak terlibat sebagai 'gadis pelayan' kerana mahu cari duit dengan cara mudah," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.


May be an image of text that says 'Kondo mewah bertukar jadi kelab malam MASZUREEN JAYA: Sejak penu- turut menyasarkan Darimuka1 beliau, pelanggan yang jem

ArticlePublished 12 Jul 2021 7.21 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM