![[ARTIKEL PILIHAN] VIDEO TULAR: KEJADIAN SAMUN BERSENJATA BERLAKU DI INDIA](/assets/images/rmp.webp)
Artikel
[ARTIKEL PILIHAN] VIDEO TULAR: KEJADIAN SAMUN BERSENJATA BERLAKU DI INDIA
Sungai Siput, 11 Julai 2021 - Polis membuka siasatan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Putra Yob berhubung sebaran berita palsu mengenai kononnya kejadian s...
Sungai Siput, 11 Julai 2021 - Polis membuka siasatan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Putra Yob berhubung sebaran berita palsu mengenai kononnya kejadian samun bersenjata oleh empat individu ke atas sebuah keluarga, di sini, sebagaimana video yang ditularkan di media sosial.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, tiada laporan polis diterima pihaknya berhubung kejadian samun terbabit di daerah ini, bahkan pemeriksaan sebaliknya mendapati insiden itu berlaku di New Delhi, India.
"Tiada kejadian berikut berlaku di sini (Sungai Siput). Kita tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kes rompakan bersenjata (seperti yang dimaksudkan).
"Pemilik FB itu sudah dikesan dan pihak polis akan rakam keterangan beliau," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Superintendan Mohd Khaizam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebabkan kegusaran awam.