
Keratan Akhbar Pilihan Pemandu Proton Iswara Rempuh Mpv Polis Diburu 12072021
Subang Jaya, 12 Julai 2021 - Polis memburu pemandu kereta yang merempuh sebuah kenderaan peronda polis (MPV) ketika ditahan untuk pemeriksaan di Jalan PJS 7/9, Bandar Sunway di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Tuan Abd Khalid Othman berkata, Pusat Kawalan Daerah (PKD) Subang Jaya telah menerima panggilan daripada anggota MPV terbabit yang memaklumkan terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback dipandu seorang lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan pada jam 7.25 malam.
"Kereta itu diarah berhenti dan ketika anggota MPV cuba membuat pemeriksaan, kenderaan itu tiba-tiba mengundur secara laju dan merempuh kenderaan polis sebelum memecut dari lokasi," katanya melalui kenyataan pada Ahad.
Tuan Abd Khalid berkata, pasukan MPV telah mengejar suspek sehingga ke jalan susur keluar Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).
Kita berjaya menyekat kenderaan itu, namun suspek sekali lagi mengundurkan kenderaan sehingga melanggar kenderaan MPV untuk kali kedua.
"Kita memohon kerjasama daripada orang awam sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian atau kenderaan yang digunakan oleh suspek, boleh menghubungi talian 03-56210343 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya)," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.