Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pgm Sandakan Sabah Rampas 17 Tan Minyak Sawit Mentah

Published: 13 Jun 2014 7.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Gerakan Marin (PGM) Sandakan merampas 17 tan minyak sawit mentah yang cuba dijual secara haram dan menahan enam lelaki dalam satu serbuan di pangkalan Hai Soon di Batu Sapi..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pgm-sandakan-sabah-rampas-17-tan-minyak-sawit-mentah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:27 MYT

SANDAKAN, 5 Jun 2010 -- Polis Gerakan Marin (PGM) Sandakan merampas 17 tan minyak sawit mentah yang cuba dijual secara haram dan menahan enam lelaki dalam satu serbuan di pangkalan Hai Soon di Batu Sapi, di sini semalam.

Pemangku Pegawai Pemerintah PGM Sandakan, ASP Awang Mat Yassin Awang Ahmad berkata minyak sawit mentah dianggar bernilai RM515,500 itu dirampas dari sebuah kapal dan lori tangki.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 12.50 pagi, enam lelaki yang ditahan itu berusia 20 dan 40 tahun sedang mengepam minyak sawit mentah itu dari kapal ke lori tangki, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Awang Mat Yassin berkata apabila diperiksa, mereka gagal mengemukakan dokumen pengesahan berkaitan kerja pemunggahan minyak sawit mentah itu.

Kes disiasat mengikut Peraturan 5(1)(b) Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM300,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

ArticlePublished 13 Jun 2014 7.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM