Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pga Serbu Stor Simpanan Diesel

Diterbitkan: 13 Jun 2014 7.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menemui satu pusat menyimpan diesel subsidi sebelum bahan itu diagihkan kepada pemborong atau diseludup ke luar negara..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pga-serbu-stor-simpanan-diesel
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:47 MYT

KLANG, 22 Jun 2010 -- Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menemui satu pusat menyimpan diesel subsidi sebelum bahan itu diagihkan kepada pemborong atau diseludup ke luar negara Isnin malam.

Pegawai Pemerintah Batalion Kelima PGA, Supt Md Rusli Mat Junus berkata dalam serbuan pada 9.30 itu di belakang sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Kem, Pandamaran, sebuah lori tangki didapati sedang melakukan pemindahan minyak diesel dari stor itu.

Polis menahan dua orang pekerja stor itu dan pemandu lori berkenaan yang kesemuanya warga tempatan berumur dalam lingkungan 30an, katanya kepada pemberita di Balai Polis Pandamaran di sini Selasa.

Ketiga-tiga mereka gagal menunjukkan surat atau dokumen mengenai pemilikan atau kebenaran menyimpan minyak diesel bersubsidi itu.

Turut dirampas ialah lori tangki berkenaan dengan muatan 13,000 liter diesel, hos memindahkan minyak diesel itu dan sebuah pam untuk menyedut bahan bakar berkenaan.

"Siasatan awal mendapati minyak diesel itu diperoleh daripada pemandu-pemandu lori tangki minyak diesel yang singgah di stor itu selepas melakukan penghantaran ke stesen-stesen minyak," kata Md Rusli.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 7.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM