Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Geng Ah Kau Tumpas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 8.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menumpaskan satu kumpulan penjenayah dikenali "Geng Ah Kau" yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah dan curi kereta di bandar raya ini sejak enam bulan lepas..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-ah-kau-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:03 MYT

IPOH, 22 Jun 2010.  Polis menumpaskan satu kumpulan penjenayah dikenali "Geng Ah Kau" yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah dan curi kereta di bandar raya ini sejak enam bulan lepas.

Sembilan orang termasuk ketua kempulan itu berumur 31 tahun serta seorang rakyat China dan seorang rakyat Indonesia diberkas manakala lapan buah kereta turut dirampas, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias kepada pemberita di sini Selasa.

Dua daripada mereka yang ditahan pada Ahad dan semalam di sebuah rumah di Taman Botani di sini adalah wanita, katanya.

Azisman berkata polis turut merampas pelbagai jenis peralatan elektrik, telefon bimbit dan komputer selain beberapa parang.

"Siasatan mendapati mereka telah melakukan lebih 10 kes curi dan pecah rumah sejak enam bulan lepas serta terlibat dalam kes dadah," katanya.

Polis sedang mengesan dua lagi suspek yang hanya dikenali sebagai Ah Seng dan Speky yang turut disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan itu.

Azisman berkata orang ramai yang kehilangan barangan tersebut boleh membuat tuntutan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 8.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM