Suami Isteri Disyaki Bookie Judi Bola Ditahan
KUALA
LUMPUR, 21 Jun 2010 -- Sepasang suami isteri dipercayai bookie judi
bola sepak Piala Dunia 2010, ditahan ketika menjalankan aktiviti haram
itu membabitkan perlawanan Portugal menentang Korea Utara membabitkan
pertaruhan RM35,000.
Pasangan
berusia 45 tahun dan 50-an itu, merupakan ahli perniagaan dan mereka
ditahan dalam "Ops Saga" pada 7.40 malam, di Apartment Bayu Puteri ,
Tropicana, Damansara di sini.
Ketua
Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya
merampas dua komputer riba, tiga telefon bimbit, kertas pertaruhan serta
wang berjumlah kira-kira RM15,000, buku, pen, jadual perlawanan bola
sepak, satu alat kelui dan tiga buku akaun bank individu yang bertaruh.
"Kita turut merampas wang tunai berjumlah RM4,717," katanya kepada Bernama di sini, malam Isnin.
Beliau
berkata nilai pertaruhan dianggarkan lebih RM35,000 berdasarkan
kandungan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) di dalam telefon bimbit
dan alat kelui milik suspek.
Arjunaidi berkata pasangan itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.