Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pga Rampas Barang Bernilai Rm2 26 Juta Bulan Lepas

Published: 13 Jun 2014 7.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pasukan Gerakan Am (PGA) telah membuat 185 rampasan bernilai RM2.26 juta sepanjang bulan lepas di sempadan Malaysia-Thailand, iaitu jumlah rampasan tertinggi bagi tempoh sebulan tahun ini..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pga-rampas-barang-bernilai-rm2-26-juta-bulan-lepas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:51 MYT

PASIR MAS, 1 Jun 2010 (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) telah membuat 185 rampasan bernilai RM2.26 juta sepanjang bulan lepas di sempadan Malaysia-Thailand, iaitu jumlah rampasan tertinggi bagi tempoh sebulan tahun ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Dato' Abdul Rahim Jaafar berkata rampasan terbanyak membabitkan penyeludupan 405 ekor lembu, kerbau dan kambing bernilai RM1.85 juta diikuti pelbagai barangan lain.

"Jumlah rampasan itu tertinggi berbanding bulan-bulan lain bagi tahun ini," katanya kepada pemberita Selasa selepas menyaksikan majlis menyerah tugas antara Batalion Kelapan yang berpangkalan di Pengkalan Chepa, Kota Baharu dan Batalion Kesembilan yang bertempat di Gong Badak, Terengganu.

PGA bertanggungjawab mengawal sempadan Malaysia-Thailand, sepanjang 29.9 kilometer dari Pengkalan Kubor, Tumpat hingga Rantau Panjang, Pasir Mas.

Abdul Rahim berkata PGA telah merampas barangan seludup bernilai RM40 juta tahun lepas berbanding RM23 juta pada tahun sebelumnya manakala RM17 juta pada tahun 2007.

"Jumlah rampasan dijangka meningkat tahun ini ekoran usaha gigih pegawai dan anggota dalam menangani kegiatan penyeludupan di sempadan," katanya.

ArticlePublished 13 Jun 2014 7.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM