Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Bongkar Makmal Proses Ecstasy

Diterbitkan: 13 Jun 2014 7.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Selepas mengeledah rumah itu polis merampas pelbagai peralatan memproses dadah serta empat bungkus serbuk dadah jenis ecstasy seberat 5.7 kilogram yang dipercayai bernilai kira-kira RM171,000..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bongkar-makmal-proses-ecstasy
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:37 MYT

PULAU PINANG, 3 Jun 2010 (Bernama) -- Polis menahan sepasang suami isteri dan seorang remaja perempuan selepas menyerbu sebuah rumah di Jalan Sungai Nibong di sini yang didapati dijadikan sebagai sebuah makmal memproses dadah, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kon Meng berkata bertindak hasil maklumat orang awam, polis membuat intipan terhadap rumah itu selama beberapa hari sebelum menyerbunya pada kira-kira pukul 1 tengah hari Selasa lepas.

"Polis menahan seorang lelaki berumur 29 tahun yang bekerja sebagai juruteknik elektrik, dan isterinya yang berumur 25 tahun yang bekerja sebagai juruwang," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Katanya turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang bekerja sebagai ahli muzik yang dipercayai rakan kepada pasangan tersebut.

Selepas mengeledah rumah itu polis merampas pelbagai peralatan memproses dadah serta empat bungkus serbuk dadah jenis ecstasy seberat 5.7 kilogram yang dipercayai bernilai kira-kira RM171,000.

Gan berkata antara perkakasan pemerosesan dadah yang dirampas termasuk botol berisi cecair kimia, dapur elektrik, acuan untuk membuat pil ecstasy, satu tukul kayu dan penimbang elektronik.

Beliau berkata dadah jenis ecstasy itu dipercayai dipasarkan di sekitar Pulau Pinang dan negeri-negeri berhampiran.

Menurutnya ketiga-tiga mereka ditahan reman sehingga 8 Jun ini dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 7.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM