Pertemuan Bersama Ketua Polis Negara Dengan Panglima Angkatan Tentera
Bukit Aman - 8 April 2011 Pertemuan Bersama Ketua Polis Negara dengan Panglima Angkatan Tentera
Keakraban jelas terpancar ketika YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar mengadakan pertemuan dengan YDH Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur tadi.
Melalui
pertemuan mesra itu, pelbagai perkara dibincangkan demi persahabatan
dan kerjasama yang telah sedia terjalin sekian lama di antara PDRM dan
ATM, dalam memastikan kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara terus
kekal.

Mesra..YDH
IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menerima
kunjungan hormat oleh YDH Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin,
Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

YDH
Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin, Panglima Angkatan Tentera
Malaysia menandatangani Buku Melawat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,
Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Serius..Perbincangan mengeratkan hubungan dua hala di antara PDRM dan ATM demi kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara.

YDH
Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin, Panglima Angkatan Tentera
Malaysia dibawa melihat keindahan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Pejabat
Ketua Polis Negara oleh YDH IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua
Polis Negara.

Gagah..Bergambar kenangan kedua-dua pemimpin yang bertanggungjawab memastikan keamanan negara terus berkekalan.

Iring..Ketua
Polis Negara mengiringi YDH Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin,
Panglima Angkatan Tentera Malaysia di hadapan Ibu Pejabat Polis Diraja
Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk pulang ke Kementerian
Pertahanan selepas mengadakan pertemuan.
Jurufoto dan wartawan : SM Megat Nizar