Pertandingan Tenpin Bowling Persahabatan Perkep Pengurusan Jabatan Pengurusan
Petaling Jaya - 12 Julai 2008. Jabatan Pengurusan Bukit Aman telah menganjurkan Pertandingan Tenpin Bowling Persahabatan PERKEP Pengurusan, yang di adakan di Pyramid Mega Lanes, Sunway Pyramid.
Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah binti Haji Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan. Hadir sama, Y.Bhg. Datin Zaitun binti Mohd Isa, Naib Pengerusi 1 PERKEP Jabatan Pengurusan danYDH SAC I Puan Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) merangkap Naib Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan.
Turut hadir, YDH Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Penolong Pengarah, Y.Bhg. Ketua-ketua Biro PERKEP Jabatan Pengurusan, Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai Kanan serta pemain-pemain.
Objektif PERKEP Jabatan Pengurusan menganjurkan Pertandingan Tenpin Bowling Persahabatan adalah untuk mengumpul dana tabung PERKEP Jabatan Pengurusan. Dana yang terkumpul dari acara sukan amal ini adalah untuk membantu PERKEP Jabatan Pengurusan membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan dan juga program pendidikan disamping memupuk dan mengukuhkan semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan seluruh ahli-ahli PERKEP dan masyarakat majmuk negara ini.
Antara aktiviti-aktiviti kebajikan dan sosial yang digerakkan oleh PERKEP Jabatan Pengurusan adalah seperti mengadakan lawatan ke hospital-hospital, memberi sumbangan kepada balu-balu, melawat dan memberi sumbangan kepada anak-anak kurang upaya yang terdiri di kalangan ahli-ahli PERKEP Jabatan Pengurusan, mengadakan kelas pendidikan komputer di pelbagai peringkat, kelas motivasi, kelas bimbingan dan strategi peperiksaan kepada anak-anak warga Jabatan Pengurusan.

Cenderahati...Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah binti Haji Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan menyampaikan cenderahati kepada pemain dari Amanah Raya Berhad.

Pemain-pemain dari PERKEP Kuala Lumpur

Bermulanya pertandingan...Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah binti Haji Bahari melakukan balingan, merasmikan Pertandingan Tenpin Bowling Persahabatan PERKEP Pengurusan

Bersemangat...Pemain dari Puncak Niaga (M) Sdn Berhad (biru)menunjukkan skil masing-masing

Antara dif-dif jemputan dan pemain di majlis penyampaian hadiah

Pemain-pemain menerima hadiah kemenangan daripada Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah binti Haji Bahari

Juara Acara Perseorangan Lelaki VIP..

Y.Bhg Datin Ruziah menjuarai Acara Perseorangan Wanita VIP