Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kursus Asas Kepimpinan Masyarakat Biro Tatanegara

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.10 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Pelbagai acara menarik diadakan termasuk Kembara Solo Waktu Malam, Mendaki Gunung Ledang, Meredah Hutan dan Flying fox...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kursus-asas-kepimpinan-masyarakat-biro-tatanegara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:21 MYT

Asahan- 14 Julai 2007. Kursus Asas Kepimpinan Masyarakat Biro Tatanegara anjuran Perkep Pengurusan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman telah diadakan mulai 11- 14 Julai 2008 di Kompleks Majlis Sukan Negara, Asahan, Jasin, Melaka.

Majlis penutupan kursus tersebut disempurnakan oleh Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah Hj. Bahari, Pengerusi Perkep Pengurusan PDRM, Bukit Aman isteri kepada YDH Pengarah Pengurusan PDRM pada 14 Julai 2008.

Seramai 69 orangpeserta terlibat di dalam kursus itu dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan dikawal selia oleh 10 orang Urusetia Kursus yang diketuai oleh ACP Aishah Mohamad, Ketua Biro Pendidikan Perkep Pengurusan PDRM.

"Program sedemikian dapat memupuk semangat lebih bersatu padu selain mendidik generasi muda berinteraksi dan bersosial secara sihat".
"Melalui program yang diatur, dipercayai dapat melahirkan modal insan yang berintegriti dan menjadi kebanggaan bukan sahaja kepada keluarga malahan pasukan polis".

Demikian kata Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah Hj. Bahari ketika berucap di majlis penutupan kursus itu yang turut dihadiri oleh Tuan Hj. Hamim bin Hj. Hussin, Penolong Pengarah Biro Tatanegara Kuala Lumpur, Jabatan Pendana Menteri selaku Ketua Fasilitator kursus tersebut dan Puan Farehah Mohd Zamri, Pengerusi Perkep Kontinjen Melaka.

Hadir sama ialah DSP Tan Ah Chua Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Melaka dan DSP Che Suza Che Hitam Ketua Polis Daerah Jasin Melaka.

Pelbagai acara menarik diadakan termasuk Kembara Solo Waktu Malam, Mendaki Gunung Ledang, Meredah Hutan dan Flying fox.

Kursus Asas Kepimpinan Masyarakat Biro Tatanegara
Tetamu khas yang hadir ketika Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Kepimpinan masyarakat Biro Tatanegara

Kursus Asas Kepimpinan Masyarakat Biro Tatanegara
dari kiri...DSP tan Ah Chua, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Melaka dan DSP Che Suza bin Che Hitam, Ketua Polis Daerah Jasin dan DSP Tan Hwee Sia

Kursus Asas Kepimpinan Masyarakat Biro Tatanegara
Cenderahati...Tuan Hj. Hamim bin Hj. Hussin, Penolong Pengarah Biro Tatanegara Kuala Lumpur, selaku Ketua Fasilitator menerima cenderahati daripada Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah Hj. Bahari

Kursus Asas Kepimpinan Masyarakat Biro Tatanegara
Peserta kursus bergambar kenangan di Kompleks Majlis Sukan Negara, Asahan, Jasin,

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.10 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM