Lawatan Dan Sesi Taklimat Program Delegasi Kepimpinan Siswi Muamalat Universiti Utara Malaysia
Bukit
Aman - 10 Julai 2008. Seramai tiga puluh tujuh orang siswi dari
Universiti Utara Malaysia telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman.
Lawatan
Dan Sesi Taklimat Program Delegasi Kepimpinan Siswi Muamalat Universiti
Utara Malaysia telah disambut oleh YDH Supt. Rasdi bin Ramli, Penguasa
Perhubungan Awam, Bukit Aman. Turut hadir ialah DSP Lai Lee Ching, Ketua
Unit Penyelidik/Perancang, Analisa & Rekod, Cawangan Perhubungan
Awam serta pegawai-pegawai dan anggota Cawangan Perhubungan Awam, Bukit
Aman.
Delegasi
Kepimpinan Siswi Muamalat Universiti Utara Malaysia juga diiringi oleh
Puan Hjh. Zabariah binti Che Man dan Cik Syarizan binti Dalib, Pensyarah
Bahagian Kemanusian, Kolej Sastera & Sains, Universiti Utara
Malaysia.
Sempena
lawatan tersebut, Delegasi Kepimpinan Siswi Muamalat Universiti Utara
Malaysia telah diberikan taklimat bertajuk 'Tugas dan Kerjaya Polis' di
Auditorium PDRM, yang disampaikan oleh DSP Lai Lee Ching. Diakhir
taklimat, telah di adakan juga sesi soal jawab dan penyampaian
cenderahati serta jamuan ringan.

Antara rombongan Delegasi Kepimpinan Siswi Muamalat Universiti Utara Malaysia

Sesi soal jawab yang dikemukakan...

Pengarah
Projek, Cik Nor Zurida Ismail menerima cenderahati daripada Supt. Rasdi
Ramli, Penguasa Perhubungan Awam.Hadir sama,DSP Lai Lee Ching, Ketua
Unit Penyelidik/Perancang, Analisa & Rekod, Cawangan Perhubungan
Awam

Supt.
Rasdi bin Ramli menerima cenderahati daripada Cik Syarizan binti Dalib,
Pensyarah Bahagian Kemanusian, Kolej Sastera & Sains, Universiti
Utara Malaysia

Kenangan...Bergambar kenangan bersama Penguasa Perhubungan Awam dan pegawai-pegawai dari Cawangan Perhubungan Awam