Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Pengarah Kdn Ka 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pertandingan Tembak IPSC ini bukan sahaja menarik minat para peserta bertanding, malah memberi ruang bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk diserapkan sebagai pelapis kepada pasukan PDRM ke pertandin..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pertandingan-tembak-ipsc-piala-pengarah-kdn-ka-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:31 MYT
Cheras - 27 Jun 2010. Pertandingan Tembak International Practical Shooting Confederation (IPSC) Piala Pengarah Jabatan KDN/KA Tahun 2010, telah berlangsung di Lapang Sasar, Briged Tengah PGA, Cheras.
 
Pertandingan yang bermula dari 24 hingga 27 Jun 2010 ini adalah untuk merebut Piala Pengarah Jabatan KDN/KA, Piala Komander UTK dan PDRM-UTK Open.

Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Tembak IPSC Piala Pengarah KDN/KA 2010 telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail,  Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA)

Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I Jabatan KDN/KA, YDH SAC Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGK), YDH SAC Dato' Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah PGA, YDH ACP Tan Loo Kim, Timbalan Komander 1 Unit Tindakan Khas (Operasi), Y.B.M Tunku Abdul Jalil Ibni Tunku Osman, Regional Director IPSC Malaysia, YAM Tengku Amir Zaki bin Tengku Abd Rahman, NROI Malaysia, Encik John Toh, Singapore IPSC President, PGA, YDH Dato'-Dato' Komander, Pegawai-pegawai Kanan serta para jemputan.

Pertandingan Tembak IPSC adalah satu program kesukanan yang terbaru di kalangan warga PDRM. Pertandingan yang diadakan ini adalah merupakan sebahagian dari program tahunan yang dilaksanakan oleh Unit Tindakan Khas (UTK). Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu acara Open, Standard dan Production.

Sebanyak 38 penyertaan telah diterima dan seramai 284 orang penembak dari agensi penguatkuasaan , agensi kerajaan serta sektor swasta untuk turut serta dalam pertandingan ini. Ini menunjukkan satu petanda yang baik antara PDRM dengan agensi-agensi luar bagi mengeratkan lagi  kerjasama yang telah sedia terjalin. 

Pertandingan Tembak IPSC ini bukan sahaja menarik minat para peserta bertanding, malah memberi ruang bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk diserapkan  sebagai pelapis kepada pasukan PDRM ke pertandingan Tembak IPSC Peringkat ASEANAPOL.

Selain mengambil bahagian, mengutamakan semangat kesukanan, Pertandingan Tembak IPSC ini bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan fizikal, malah membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus, menyusun strategi dan membina semangat berpasukan. Semangat kesukanan yang tinggi dikalangan peserta juga dapat melatih diri para peserta untuk mempunyai minda yang terbuka dan sanggup menerima dan responsif kepada kepelbagaian situasi.

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Pengarah Kdn Ka 2010
Stage 1...Penembak perlu keluar dari kereta peronda dan memulakan tembakan ke arah sasaran yang disediakan.

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Pengarah Kdn Ka 2010
Sebanyak 12 halangan (Stage) disediakan...

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Pengarah Kdn Ka 2010
Salah seorang penembak wanita dari UTK turut mengambil bahagian

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Pengarah Kdn Ka 2010
Stage 6...

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Pengarah Kdn Ka 2010
YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail diperkenalkan kepada pasukan yang bertanding...

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Pengarah Kdn Ka 2010
Juara PDRM-UTK Open...Shoot Off Standard Individu, Jalani Said dari JEPRO

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Pengarah Kdn Ka 2010
Kecekapan dan kepantasan perlu digabungkan untuk kemenangan...Shoot Off Production Individu

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Pengarah Kdn Ka 2010
Shoot Off Kumpulan VIP...Kumpulan D yang diketuai oleh SAC Dato' Law Hong Soon, Komander Briged Sarawak (dua dari kiri)

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Pengarah Kdn Ka 2010
Juara Piala Komander UTK dari Unit Gempur 1

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Pengarah Kdn Ka 2010
Juara PDRM-UTK Open... Production Berpasukan dari Navy Falcon

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Pengarah Kdn Ka 2010
Juara Piala Pengarah KDN/KA..Kategori Berpasukan

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Pengarah Kdn Ka 2010
Cenderahati kepada Y.B.M Tunku Abdul Jalil Ibni Tunku Osman, Regional Director IPSC Malaysia

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Pengarah Kdn Ka 2010
SAC Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim menyampaikan cenderahati kepada Encik John Toh, Singapore IPSC
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM