Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penyerahan 24 Buah Kenderaan Curi Yang Diterima Daripada Pihak Kastam Dubai

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Satu sidang media bersama Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin telah dibuat semasa penyerahan kenderaan curi yang diterima daripada pihak kastam Dubai di Seksyen 17, Shah Alam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penyerahan-24-buah-kenderaan-curi-yang-diterima-daripada-pihak-kastam-dubai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:00 MYT

SHAH ALAM - 7 Julai 2010. Polis berjaya membawa pulang 24 kenderaan curi yang dianggarkan bernilai hampir RM1.26 juta yang diterima daripada pihak kastam Dubai untuk diserahkan kepada pemilik asal di negara ini atau pihak insurans terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, YDH Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, semua kenderaan curi itu tiba di Pelabuhan Klang pada 23 Jun lalu dari Pelabuhan Jabel Ali, Dubai.

Katanya, antara kereta yang dibawa pulang itu ialah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux sebanyak 15 buah, 4 buah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Fortuner, 3 buah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota RAV 4 dan 2 buah lori 1 tan jenis Daihatsu Delta.

"Semua kereta ini dilaporkan hilang sejak 2007 dan dipercayai dibawa keluar dari negara ini melalui Pelabuhan Klang.

"Sindiket ini dipercayai mempunyai rangkaian kumpulan yang besar," katanya sewaktu penyerahan kunci 24 kereta terbabit kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Superitendan Kamaruddin Ismail di Seksyen 17, Shah Alam semalam.

Penyerahan 24 Buah Kenderaan Curi Yang Diterima Daripada Pihak Kastam Dubai
YDH Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah  (dua dari kiri) dalam sidang media yang berlangsung sempena penyerahan 24 buah kenderaan curi tersebut.

Penyerahan 24 Buah Kenderaan Curi Yang Diterima Daripada Pihak Kastam Dubai
YDH Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin (kanan) menyerahkan kunci kenderaan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Supritendan Kamaruddin Ismail (kiri).

Penyerahan 24 Buah Kenderaan Curi Yang Diterima Daripada Pihak Kastam Dubai
YDH Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin memeriksa salah satu kenderaan curi yang diserahkan.

Penyerahan 24 Buah Kenderaan Curi Yang Diterima Daripada Pihak Kastam Dubai
Wakil-wakil insurans dan pemilik kenderaan mengisi borang pengesahan penerimaan kenderaan daripada pihak polis.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM