Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010
Johor
Bahru - 25 Jun 2010. Bertemakan 'Transformasi Pencetus Inovasi',
Sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010 telah berlangsung
di The Zon Regency Hotel, Johor Bahru. Majlis Pelancaran telah
disempurnakan oleh YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Komersil di Grand Ballroom, The Zon Regency Hotel, Johor Bahru.
Hadir
sama di Majlis Pelancaran tersebut ialah YB Dato' Haji Mohd Ali bin
Haji Hassan, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, YDH CP Datuk Seri Mohd
Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH DCP Dato'
Mohd Mokhtar bin Haji Mohd Shariff, Ketua Polis Johor, YB Dato' Hj Osman
bin Hj Sapian, Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas, YB Dato' Hj. Abd Aziz
bin Hj Sapian, Ahli Dewan Undangan Nusajaya, YDH Timbalan-timbalan
Pengarah, Ketua-Ketua Polis Negeri, Komander, Ketua-ketua Jabatan, Ketua
Polis Daerah serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Usaha
membudayakan kualiti penyampaian perkhidmatan dalam PDRM telah bermula
semenjak tahun 1983 lagi, selari dengan saranan pihak kerajaan pada
ketika itu. Lantaran itu, 31 Oktober pernah ditetapkan sebagai Hari
Kualiti ataupun dikenali sebagai Hari Q PDRM. Pada tahun ini pula,
Sambutan Hari Kualiti PDRM diubah kepada Sambutan Hari Inovasi PDRM, adalah sejajar dengan program transformasi kerajaan.
Perubahan ini adalah bertepatan
dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya negara kita
perlu bersifat inovatif secara menyeluruh untuk membuat anjakan kepada
ekonomi baru yang berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang
tinggi, agar negara kita akan kekal relevan dalam persaingan di
peringkat global. Transformasi ini merupakan langkah utama yang
berterusan bagi merealisasikan agenda inovasi negara.
Sambutan
Hari Inovasi PDRM bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk
budaya inovasi di kalangan warga PDRM ini dapat mempertingkatkan
keberhasilan dalam segala usaha-usaha PDRM yang telah dirancang atau
sedang diimplementasikan, di samping penjanaan ilmu baru dan
meningkatkan keberkesanan dan kecekapan PDRM secara holistik di semua
jabatan dan peringkat dalam PDRM.
Sambutan Hari Inovasi tahun ini merupakan milestone yang menunjukkan PDRM telah mara ke landasan kecemerlangan dan bergerak ke arah total quality management dalam PDRM.
"Dalam dunia globalisasi yang dinamik dengan kreativiti dan inovasi ini, kualiti,
kreativiti dan inovasi adalah elemen penting untuk setiap organisasi
kekal relevan", ucapan oleh YDH Dato' Koh Hong Sun.
"Amalan
budaya berkualiti adalah asas kepada inovasi dan penambahbaikan
berterusan yang merupakan elemen utama pengurusan kualiti. Justeru, tema
'Transformasi Pencetus Inovasi' ini membawa maksud yang sangat bererti kepada usaha transformasi PDRM"
"Sentiasa
bersedia untuk membenar dan mendengar idea-idea daripada Pegawai Kanan
termasuk Pegawai Rendah dan Pegawai Awam. Ini adalah kerana kita sedia
maklum bahawa untuk mendapatkan idea yang terbaik adalah bergantung pada
keterbukaan kita untuk menerima idea-idea daripada sesiapa juga" akhiri ucapan oleh YDH Dato' Koh Hong Sun.
Sambutan
Hari Inovasi PDRM Tahun 2010 bermula pada 24 Jun 2010, dengan beberapa
persembahan yang menarik dari PDRM dan juga gerai-gerai pameran yang
disediakan untuk pengunjung di perkarangan The Zon Regency Hotel.
Antara persembahan tersebut yang berjalan selama dua hari ialah persembahan Begpipe, Drum, Road March oleh Pancaragam PDRM, Persembahan T-Baton dari Kontinjen Johor, Rhythmic Martial Art oleh Pasukan Simpanan Persekutuan Johor,Unit K-9 PDRM dan juga Pemeran Inovasi Polis Diraja Malaysia.
Di
Majlis Pelancaran Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia tahun 2010, YDH CP
Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial juga
telah menyampai hadiah kemenangan kepada pemenang Pertandingan
Konvensyen Inovasi dan Kreatif (KIK) Peringkat PDRM Tahun 2010.
Pemenang,
Johan adalah Kumpulan The Marinners dari Pasukan Gerakan Marin Wilayah
(1) Utara, Pulau Pinang, Naib Johan, Kumpulan G-7 dari Unit 7, Pasukan
Simpanan Persekutuan, Negeri Sembilan dan Tempat Ketiga dari kumpulan
The Target, Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta Perak.

dari
kanan...YDH CP Dato' Koh Hong Sun, YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Haji
Mohd Shariff, YB Dato' Haji Mohd Ali bin Haji Hassan dan YDH DCP Dato'
Zulkifli bin Abdullah di Majlis Sambutan Hari Inovasi Polis Diraja
Malaysia Tahun 2010

Antara yang hadir di Majlis Sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010..

Teks ucapan YDH Ketua Polis Negara, di baca oleh YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Gimik Pelancaran Hari Inovasi PDRM 2010...

Penyerahan
Plak Inovasi oleh YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Haji Mohd Shariff,
Ketua Polis Johor kepada YDH DCP Dato' Zulkifli bin Abdullah, Ketua
Polis Perak selaku tuan rumah Hari Inovasi 2011

Bergambar kenangan bersama pemenang...Johan, Kumpulan The Marinners dari Pasukan Gerakan Marin Wilayah (1) Utara, Pulau PInang.

Naib Johan, Kumpulan G-7 dari Unit 7, Pasukan Simpanan Persekutuan, Negeri Sembilan

Tempat Ketiga dari kumpulan The Target, Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta Perak.

Persembahan Bagpipe oleh Pancaragam PDRM di Perkarangan The Zon Regency Hotel

Gerai pameran dari Vat 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas

Pertunjukkan T-Baton dari Kontinjen Johor yang memukau hadirin yang hadir

Persembahan Rhythmic Martial Art oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Johor