Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Komander Utk

Published: 09 Jun 2014 9.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sebanyak 35 penyertaan telah diterima dari agensi penguatkuasaan , agensi kerajaan serta sektor swasta untuk turut serta dalam pertandingan ini..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pertandingan-tembak-ipsc-piala-komander-utk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:48 MYT
Cheras - 14 Jun 2009. Pertandingan Tembak Internasional Practical Shooting Confederation (IPSC) Piala Komander UTK telah berlangsung di Lapang Sasar, Briged Tengah PGA, Cheras.

Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Tembak IPSC Piala Komander UTK telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I Jabatan KDN/KA.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH P/DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan LTAB) KDN/KA, YDH SAC II Dato' Jaafar bin Mohd Yusoff, Komander Unit Tindakan Khas, Y.B.M Tunku Abdul Jalil Ibni Tunku Osman, Regional Director IPSC Malaysia, YDH SAC II Dato' Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah PGA, Pegawai-pegawai Kanan serta para jemputan.

Pertandingan Tembak IPSC adalah satu program kesukanan yang terbaru di kalangan warga PDRM. Pertandingan yang di adakan ini adalah merupakan sebahagian dari program tahunan yang dilaksanakan oleh Unit Tindakan Khas (UTK). Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu acara Open, Standard dan Production.

Sebanyak 35 penyertaan telah diterima dari agensi penguatkuasaan , agensi kerajaan serta sektor swasta untuk turut serta dalam pertandingan ini. Ini menunjukkan satu petanda yang baik antara PDRM dengan agensi-agensi luar bagi mengeratkan lagi  kerjasama yang telah sedia terjalin. 

Pertandingan Tembak IPSC ini bukan sahaja menarik minat para peserta bertanding, malah memberi ruang bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk diserapkan  sebagai pelapis kepada pasukan PDRM ke pertandingan Tembak IPSC Peringkat ASEANAPOL.

Selain mengambil bahagian, mengutamakan semangat kesukanan, Pertandingan Tembak IPSC ini bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan fizikal, malah membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus, menyususn strategi dan membina semangat berpasukan. Semangat kesukanan yang tinggi dikalangan peserta juga dapat melatih diri para peserta untuk mempunyai minda yang terbuka dan sanggup menerima dan responsif kepada kepelbagaian situasi.

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Komander Utk
YDH DCP Dato' Abdul R'ahman diperkenalkan kepada para peserta yang bertanding.

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Komander Utk
Menarik...pertandingan akhir acara Individu - Shoot Off 'Open' , pertembungan dua beranak dari Royal Perak Archers Shooting Club (RPASC)

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Komander Utk
Tenang membidik 'Target' ... Johan Acara Team - Shoot Off 'Production' dari Komando 69 PGK

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Komander Utk
YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I Jabatan KDN/KA bergambar kenangan bersama Johan Acara Team-Shoot Off 'Standard', Pasukan JEPRO (Jeep Club)

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Komander Utk
Naib Johan Team - Shoot Off 'Open'...Pasukan Navy Spyder

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Komander Utk
Team - Keseluruhan 'Open' ... Johan, Royal Perak Archers Shooting Club (RPASC)

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Komander Utk
Johan Acara Team - Piala Komander UTK

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Komander Utk
Berusia 59 tahun dan menyertai IPSC sejak awal tahun 1990 dan telah menyertai Pertandingan Tembak dalam dan luar negara. Encik Ng Ean Hock dari Kelab Menembak Kajang menerima cenderahati  sebagai penembak paling berumur dalam pertandingan ini.

Pertandingan Tembak Ipsc Piala Komander Utk
YDH SAC II Dato' Jaafar bin Mohd Yusoff menyampaikan cenderahati kepada YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I Jabatan KDN/KA. 
ArticlePublished 09 Jun 2014 9.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM