Pertandingan Tembak Ipsc Piala Menteri Dalam Negeri
Cheras - 16 Jun 2009. Pertandingan Tembak Internasional Practical Shooting Confederation (IPSC) Piala Menteri Dalam Negeri telah berlangsung di Kompleks Lapang Sasar, Briged Tengah PGA, Cheras bermula dari 15 hingga 16Jun 2009.
Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Tembak IPSC PialaMenteri Dalam Negeritelah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
Hadir sama di majlis tersebut ialah YB Dato' Razali bin Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YDHTan Sri Haji Ismail bin Haji OmarTimbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam,Y.B.M Tunku Abdul Jalil Ibni Tunku Osman, Regional Director IPSC Malaysia,YDH Dato' Seri, Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Dato'-Dato' Ketua Polis Negeri, Dif-dif Jemputan sertaPegawai-pegawai Kanan serta para peserta pertandingan.
IPSC merupakan singkatan kepada Internasional Practical Shooting Confederation yang diasaskan di Missouri, USA pada Mei 1976. Tujuan penubuhan IPSC adalah bagi memperkenalkan sukan tembak pelbagai cara dalam situasi keseluruhan dunia. Pada masa ini sebanyak 64 buah negara termasuk Malaysia telah mendaftar sebagai ahli IPSC dan sukan ini mendapat perhatian umum. National Range Officer Institute of Malaysia (NROI) kemudiannya ditubuhkan bagi membantu IPSC dan mengadili setiap pertandingan dan dipengerusikan oleh Y.B.M Tunku Abdul Jalil Ibni Tunku Osman.
Pada tahun tahun sebelumnya, kejohanan ini adalah merebut Piala Pengarah Jabatan KDN/KA dan pertandingan ini adalah hanya untuk pegawai dan operatif Unit Tindakan Khas sahaja. Namun ia telah dinaiktaraf sebagai pertandingan tembak bagi merebut Piala Menteri Dalam Negeri yang dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri hari ini dan secara rasminya pertandingan ini dikenali sebagai Pertandingan Tembak Piala IPSC Menteri Dalam Negeri.
Pertandingan Tembak IPSC adalah satu program kesukanan yang terbaru di kalangan warga PDRM. Pertandingan yang di adakan ini adalah merupakan sebahagian dari program tahunan yang dilaksanakan oleh Unit Tindakan Khas (UTK). Pertandingan yang bermula dari 13 Jun dan tamat 16 Jun 2009, dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Pertandingan Terbuka UTK, Piala Komander UTK dan Piala Menteri Dalam Negeri.'Terbuka UTK', pertandingan terbuka kepada anggota PDRM, ATM dan juga orang awam. Piala Komander UTKpula hanya terbuka kepada anggota UTK sahaja dan Piala Menteri Dalam Negeri terbuka kepada semua jabatan dalam PDRM.
Sebanyak lapan kategori sahaja telah dipertandingkan yang berjaya menarik seramai 165 orang peserta dari 39 buah pasukan dari seluruh Jabatan PDRM. Terdapat 12 tahap yang harus dilalui peserta pertandingan iaitu Stage Bike, Horse, Shadow, Button, Contena, Shield, Block, Jammed, Storm, Office, Room dan Fantacy yang memiliki tahap kesukaran yang berbeza dan menguji kecekapan penembak yang melibatkan tiga peringkat iaitu Long Course (2), Medium Cource (4) dan Shoot Course (6).
Pertandingan Tembak IPSC ini adalah satu pertandingan yang menguji kepantasan, ketepatan dan keupayaan yang dibuat oleh peserta pertandinganuntuk mendapatkan markah tertinggi bagi mengungguli kategori yang dipertandingkan.
Selain mengambil bahagian, tujuan IPSC diadakan adalah bagi memupuk semangat setiakawan, mengutamakan semangat kesukanan, kerjasama secara berpasukan malah membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus danmenyusun strategi. Semangat kesukanan yang tinggi dikalangan peserta inidapat melatih diri para peserta untuk mempunyai minda yang terbuka dan sanggup menerima dan responsif kepada kepelbagaian situasi.
Penyertaan dari semua Batalion Pasukan Gerakan Am dan Jabatan-jabatan lain dalam PDRM akan meningkatkan semangat berpasukan di kalangan pegawai-pegawai dan anggota, selain menonjolkan potensi, kecemerlangan dan kehebatan Pasukan Polis dalam mengendalikan senjatapi. Pertandingan IPSC bukan sekadar satu pertandingan malah merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada setiap anggota Polis dalam memastikan matlamat PDRM menjana anggota yang lebih efektif dan meningkatkan kemampuan.

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar bersama YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail menyambut ketibaan YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Gimik pelancaran...YB Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein menyempurnakan pelancaran Piala IPSC Menteri Dalam Negeri dengan melepaskan tembakan melalui senjatapi HK MP5

Acara 'Stage Bike' di mana peserta dikehendaki duduk di atas motosikal dan sebelah tangan memegang 'handle bars' dan menembak target menggunakan sebelah tangan.

Pertandingan akhir acara 'Shoot Off Production'

Pertandingan Akhir dalam acara individu 'Shoot Off Open'

Acara VIP Shoot

Pertunjukkan oleh Unit Tindakan Khas dalam acara 'Open Division'

YB Dato' Razali bin Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan mencuba senjatapi ST 1 Grand Master yang digunakan dalam acara 'Open Division'

YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyampai cenderahati...sepucuk pistol Revolver Webley MK IV.38 in, buatan United Kingdom, digunakan semasa Perang Dunia 1 dan mula digunakan oleh PDRM pada tahun 1955

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar menyerahkan Beret Kehormat 'Unit Tindakan Khas' dan 'Komando 69' kepada YB Datuk Seri Hisammuddin bin Tun Hussein

Johan Keseluruhan...Komando Vat 69 Pasukan Gerakan Khas

Bergambar Kenangan bersama YB Datuk SeriHishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri