Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pertandingan bowling ini bukanlah untuk mencari pasukan mana yang menang tetapi ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara pegawai-pegawai di Bukit Aman selain berkenalan dengan lebih m..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pertandingan-bowling-sukan-mes-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:39 MYT

Petaling Jaya - 9 Julai 2010 . Pertandingan Bowling antara pegawai-pegawai PDRM Bukit Aman sempena Sukan Mes Bukit Aman telah diadakan di Pyramid Mega Lanes, Sunway petang ini.

Sebanyak 9 pasukan dari setiap Jabatan PDRM Bukit Aman telah mengambil bahagian. Pertandingan telah dibahagikan kepada beberapa acara iaitu Berpasukan Lelaki, Berpasukan Wanita, Perseorangan Terbuka dan juga Terbuka VIP.

Pertandingan bowling ini bukanlah untuk mencari pasukan mana yang menang tetapi ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara pegawai-pegawai di Bukit Aman selain berkenalan dengan lebih mesra lagi di antara semua jabatan yang telah terjalin sejak sekian lama. Permainan ini juga telah berlangsung dalam suasana harmoni, ceria dan semangat kesukanan.

Majlis Perasmian Sukan Mes Bukit Aman telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah pula telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara.

Hadir sama di Sukan Mes Bukit Aman ialah YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan Bukit Aman.

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin diperkenalkan kepada Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
Pasukan dari Cawangan Khas

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
Pasukan dari Jabatan KDN/KA

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani bersama YDH SAC Dato' Mazlan bin Mansor bergambar kenangan bersama pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah.

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
Pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
Gimik Perasmian...melakukan balingan

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
(kiri) YDH SAC Dato' Aidi bin Ismail, Timbalan Pengarah II Jabatan Logistik bersama ACP Coursesenu bin Ibrahim, PT Urus Setia KPN (Pentadbiran) mencuba dahulu bola bowling  sebelum membuat balingan.

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
Siap sedia untuk memulakan pertandingan..

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
(baju merah) Pasukan Urus Setia KPN bersama Pasukan Pengurusan dalam acara Berpasukan Wanita.

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
Pasukan Berpasukan Wanita Jabatan Logistik

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
Berpasukan Lelaki dari Pasukan Petugas Khas

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin melihat markah yang dikumpul oleh Pasukan Jabatan Narkotik

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
Pasukan dari Urus Setia KPN

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
YDH Ketua Polis Negara juga sempat meluangkan masa bermain bowling

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
YDH Ketua Polis Negara bersama-sama Ahli Jawatankuasa Mes Polis Diraja Malaysia.

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
YDH DCP Dato' Leo Chong Cheong berjaya mengumpul 498 markah dari 3 pusingan dan menjadi Johan dalam acara Terbuka VIP, menerima hadiah kemenangan dari YDH Ketua Polis Negara.

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
Y.Bhg Datin Hajjah Sharifah Aini binti Syed Bab, mengumpul 422 markah dan menduduki tempat Ketiga dalam acara Perseorangan Terbuka Wanita.

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
Johan Perseorangan Terbuka Wanita, ASP Julie Loo berjaya membuat balingan dan mengumpul 459 markah.

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
Tuah badan..mendapat hadiah sebuah TV Plasma LCD dalam cabutan bertuah.

Pertandingan Bowling Sukan Mes Bukit Aman
Johan Berpasukan Lelaki, Cawangan Khas yang berjaya mengumpul 1926 markah.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM